PERINGATAN

Segala karya, gambar, penulisan, grafik dan illustrasi yang tersiar adalah hakcipta terpelihara . Sebarang pemilikan, perubahan, penyalinan, penyiaran atau sebagainya yang berkaitan haruslah mendapat keizinan serta dikreditkan sumber tersebut kepada Reka Kufi (SA 0215011-P).

Mereka juga peminat Khat Kufi

Sunday 29 January 2012

Al-Iktiraf



Wahai TUHAN, ku tak layak ke syurgaMu,
Namun ku tak sanggup ke NerakaMu
Terimalah taubatku dan ampunkanlah dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar


Kebahagiaan

RK-010
Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan tersebut kepada orang lain adalah BAHAGIA - HAMKA

Doa Pelembut Hati - Surah Taha 1-5

RK-009
Doa yang sesuai diamalkan untuk melembutkan hati serta menjadi pendinding diri.

Kisah disebalik ayat ini :
 
Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.



Monday 23 January 2012

Doa Pengasih

Batch no: RK-008
Doa pengasih dari Surah Al-Furqan, ayat 74.
Saiz bingkai : 2 x 1.5 kaki
Harga : RM120.00

(Tidak termasuk kos penghantaran ke luar Lembah Klang)

Sila hubungi Reka Kufi untuk butiran lanjut.

Friday 20 January 2012

Khat Kufi Hitam Putih

Batch no: RK-007
Bingkai bersaiz 1kaki x 1kaki

Warna bingkai putih.

Sesuai untuk nama peribadi atau berpasangan.

 Sila hubungi Reka Kufi untuk butiran lanjut.

RK-006

Batch no: RK-006
Saiz bingkai : 1kaki x 1kaki
Sesuai untuk nama peribadi atau berpasangan.

Harga : RM50.00 untuk sebuah bingkai 
(tidak termasuk kos penghantaran di luar Lembah Klang).

 Sila hubungi Reka Kufi untuk butiran lanjut.


Khat Kufi Pelangi

Batch no: RK-005

Mengguna warna-warna pelangi untuk membezakan setiap huruf. 
Bingkai bersaiz 1kaki x 1kaki.
Sesuai untuk nama peribadi atau berpasangan.

Harga : RM50.00 untuk sebuah bingkai 
(tidak termasuk kos penghantaran di luar Lembah Klang).

 Sila hubungi Reka Kufi untuk butiran lanjut.



Thursday 19 January 2012

Kampung Batu Masjid

Batch no: RK-004

Sebagai tanda penghargaan kepada penduduk, nama Kampung Batu Masjid, Temoh, Perak telah diabadikan dalam rekabentuk khat kufi. 

Ini merupakan cenderamata dari siswa Ijazah Senibina Landskap (Kepujian), Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam semasa melakukan lawatan tapak untuk kajian Landskap Budaya di penempatan ini pada 27 November 2011. 

Secara amnya, Kampung Batu Masjid telah dibuka pada tahun 1895 oleh Lebai Tenggam. Keunikan kampung tersebut adalah pada masyarakat Melayu Rao yang masih berpegang kepada Adat Berjojak. Adat ini dijalankan apabila usia seorang kanak-kanak lebih kurang 13 bulan. Sebelum adat ini dijalankan, bayi tersebut di larang memijak tanah atau menyentuh bunga. Jika terlanggar pantang, maka ini boleh menyebabkan bayi tersebut ditimpa musibah dan harus dirawati oleh bomoh untuk memulihkannya.

Mohd Safran Mohd Noor, Ketua Kampung Batu Masjid, menerima cenderamata dari
saudara Shahril. Turut kelihatan Qam (kanan) dan Asmieza (berbaju merah) serta
Haji Zainuddin berkopiah. Foto oleh Anas.

Terima kasih Kampung Batu Masjid atas kerjasama yang diberikan semasa kajian tersebut. 

Promosi Maal Hijrah

Batch no: RK-002

Ini merupakan tempahan kedua untuk rakan sekolah saya Ahmad Sabri Ahmad Shukri.
Memandangkan Sab peminat setia Manchester United, saya memilih warna merah, kuning dan hitam sebagai tema untuk rekaan ini.

Batch no: RK-003

Tempahan ini khusus kepada Khairul Hashimi dan Noor Azila sebagai hadiah perkahwinan mereka.
Tahniah kepada dua mempelai.


Bingkai bersaiz 1'x1' (kiri) dan 1.5'x1.5' (kanan).

Nota: 
Semasa menghadiri majlis resepsi Sab, arwah Pak Tam saya telah kembali ke Rahmatullah pada malam   
1 Muharram yang lalu. Kehilangannya masih saya terasa. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang mukmin.

Tempahan Sulung

Batch no: RK-001
Rekaan khat kufi ini telah dijadikan hadiah perkahwinan kepada Ikhwan dan Nadia. 
Bingkai bersaiz 1'x1'.




Tahniah Kepada Encik Ikhwan dan Puan Nadia. Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia ke akhir hayat.

Salam Pertemuan

Ini posting pertama untuk Rekakufi. Terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini.