PERINGATAN

Segala karya, gambar, penulisan, grafik dan illustrasi yang tersiar adalah hakcipta terpelihara . Sebarang pemilikan, perubahan, penyalinan, penyiaran atau sebagainya yang berkaitan haruslah mendapat keizinan serta dikreditkan sumber tersebut kepada Reka Kufi (SA 0215011-P).

Mereka juga peminat Khat Kufi

Thursday 31 January 2013

Koleksi Lakaran Peribadi






Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi beberapa koleksi lakaran atau 'sketches' yang dihasilkan semasa mengikuti pengajian sarjana muda yang lalu.

Terdapat juga koleksi lakaran yang dihasilkan untuk konsep, cadangan dan rekabentuk bagi sesebuah Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Kawasan Khas (RKK) serta Pelan Induk Landskap. Segala dokumentasi digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk pembangunan dan perancangan fizikal untuk sesebuah kawasan atau wilayah.

Sila hubungi Reka Kufi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan perkara berkaitan.

Tuesday 29 January 2013

Ayat Seribu (1000) Dinar


Saiz : 3kaki x 1.5kaki (960mm x 476mm)

Canvas printing, timber frame, mounting board and glass 

Sekiranya berminat untuk menempah artwork, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Terima kasih

Surah Al Ikhlas



Saiz : 1kaki x 1kaki (30cm x 30cm)
Canvas printing. 

Sekiranya berminat untuk menempah artwork, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Monday 7 January 2013

Walimatus Urus - Mohd Zuhaili Teh & Marina Abdullah


Untuk tempahan ini, tulisan rumi ditulis menggunakan font Kufi manakala perkataan Walimatul Urus, tulisannya disusun dalam bentuk overlapped diagonal/diamond.  

Zulhijjah


Muhd Ihsan & Mahani Muhammad


Aimi Syarfa Abdul Hamid


Kursus Seni Khat dan Kraf 2013


Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan sekali menganjurkan kursus Seni Khat dan Kraf 2013. 

Kursus akan bermula 9 Februari 2013 pada setiap hari Sabtu selama 19 minggu terbuka kepada orang ramai yang meminati untuk mempelajari seni khat. 

Harap maklum. 

Sunday 6 January 2013

Zikrullah


...dengan hanya mengingati Allah, hati menjadi senang.

(Surah Ar-Ra'd:28)

Now surely by Allah's remembrance are the hearts set at rest

Thursday 3 January 2013

Ta'awuz


Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang direjam.

‘Ta’awwuz’ ialah ucapan “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim” yang diucapkan sebelum membaca ‘Bismillah’ apabila kita membuat sesuatu, kerana dengan bacaan ” Ta’awwuz ” akan membersihkan lidah daripada kekotoran yang dibawa oleh syaitan.


Hakim


Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur


Fakulti Senibina Perancangan & Ukur merupakan salah satu fakulti yang terdapat di Universiti Teknologi MARA. Fakulti ini menawarkan kursus berkaitan Alam Bina (Built Environment) dan telah ditubuhkan sejak tahun 1967. 

Selamat Datang


Assalamualaikum dalam tessellation


SALAM SEJAHTERA KE ATAS KAMU


Selamat Tahun Baru 2013


Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada pengunjung blog Reka Kufi. Semoga kedatangan tahun baru membawa perubahan yang lebih baik untuk kita semua. 

Alhamdulillah, pada kesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas kesibukan yang ditempuhi. Semoga seni khat Kufi terus berkembang.

InsyaAllah. 

Alhamdulillah. Semoga Seni Khat Kufi Terus Dapat diperkembangkan lagi.

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 2013. Hari ini tersiar satu artikel berkaitan seni khat Kufi yang kini makin mendapat tempat di masyarakat Malaysia.

Klik disini untuk sumber asal.


Kebolehbacaan jadi keutamaan

(Dari kiri) Adrin, Abdul Wahab dan Ariff merupakan antara penggiat Foks yang terawal yang membantu ahli untuk menghasilkan karya khat di laman Facebook.


MELIHAT kepada tulisan yang bercorak segi empat, orang ramai pasti sukar untuk mengagak bahawa itu merupakan salah satu cabang dalam seni khat.
Namun, keindahannya ternyata mampu menarik minat orang ramai untuk mempelajari serta mengetahui ciri-ciri terkandung dalam seni khat yang dikenali sebagai khat kufi.
Khat itu terbahagi kepada pelbagai corak antaranya khat kufi basit, khat kufi musattar, khat kufi mutalasiq, khat kufi muwarraq dan khat kufi murabba. Namun, antara seni khat kufi yang popular di negara kita dewasa ini ialah kufi murabba.
Siapa sangka dengan hanya menggunakan perisian komputer, setiap individu boleh mempelajari cara-cara serta kaedah berkarya dengan seni khat kufi murabba secara lebih mudah.
"Dengan hanya menggunakan perisian Microsoft Excel, Inkscape dan Adobe Illustrator, semua orang boleh mempelajari serta mempraktikkan kreativiti mereka menerusi khat kufi," ujar seorang jurukhat kufi, Ariff Ashaari, 49.
Arif pada asalnya meminati seni khat tradisi iaitu khat nasakh, khat thuluth dan khat diwani kemudian memilih khat kufi sebagai salah satu sumber pendapatan hariannya dengan menjual hasil karya khat tersebut.
Menurut Ariff, dia banyak mendapat inspirasi untuk mempelajari seni secara tidak formal menerusi sebuah komuniti di laman Facebook.
Komuniti itu banyak membincangkan hal ehwal khat kufi yang adakalanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
"Saya merupakan antara penggiat awal Friends Of Kufi Square (Foks) sejak 2010. Topik yang sering dibincangkan oleh kami secara keseluruhannya berkisarkan tentang khat kufi sahaja tanpa menyentuh aspek teknikal karya seni khat lain.
"Khat kufi kadangkala menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai terutama hal ehwal kebolehbacaan karya-karya kufi. Komuniti ini merungkai pelbagai permasalahan yang sering dilakukan oleh penggiat seni khat serta memberi jalan penyelesaian terbaik terutama aspek teknikal dalam penghasilan seni khat kufi," ujarnya ketika ditanya mengenai objektif utama Foks.
Usaha Ariff yang menjadikan khat sebagai mata pencarian dalam hidupnya itu bertepatan dengan satu kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Saidina Ali iaitu "Hendaklah kamu perelokkan tulisan, kerana ia adalah salah satu daripada punca rezeki."

WALAUPUN lebih banyak berkomunikasi di laman Facebook, pertemuan Adrin dan Abdul Wahab baru-baru ini berjaya menerbitkan idea baharu dalam penghasilan karya khat kufi yang mudah dibaca.


Nisbah grid
Khat kufi bukanlah sebuah karya yang boleh dipandang rendah kerana khat itu juga menggunakan ayat-ayat suci al-Quran sebagai subjek utama dalam setiap penghasilan karyanya.
Bukti jelas bahawa khat kufi mempunyai nilai-nilai Islam yang tinggi ialah menerusi hiasan yang terdapat di ruang mihrab masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah iaitu Masjid Nabawi.
Di ruangan Masjid Nabawi, tertera dua potong ayat al-Quran iaitu surah al-Ahzab, ayat 40 dan surah at-Taubah ayat 128 yang menjadi hiasan utama di kiri serta kanan mihrab masjid itu.
Seorang lagi penggiat seni khat kufi yang aktif menerusi Foks, Adrin Zainuddin, 33, memberitahu, setiap ahli Foks juga berusaha untuk menghasilkan karya khat kufi murabba secara kontemporari agar karya kufi mudah diterima oleh segenap lapisan masyarakat.
"Kami mula berdialog di laman Facebook sejak 2010 dan kebanyakan topik yang kami bincangkan ialah mengenai eksperimentasi huruf hijaiyah (huruf alif, ba, ta) yang digunakan dalam seni khat kufi.
"Kami amat mementingkan disiplin dalam setiap penghasilan karya khat kufi. Disebabkan oleh itu, kami telah memperkenalkan nisbah grid untuk dijadikan panduan oleh setiap ahli untuk memandu kaedah penghasilan karya kufi mereka. Setakat ini, karya yang dihasilkan oleh ahli Foks ternyata boleh dibaca dengan jelas oleh orang ramai," ujar Adrin.
Kelompok individu yang meminati kira-kira serta penyelesaian yang melibatkan aritmetik logik dan geometri pasti tertarik kepada seni khat kufi kerana seni tersebut melibatkan teknik penyusunan huruf yang merupakan salah satu asas penting.
"Kebanyakan karya kufi yang dijual dewasa ini tidak mengikut piawaian yang betul terutamanya dalam penyusunan huruf. Jurukhat akan menokok tambah fizikal huruf untuk memenuhi ruangan serta untuk mencantikkan hasil karya mereka.
"Perbuatan itu secara tanpa sedar telah merosakkan keaslian huruf yang digunakan dalam al-Quran sekali gus menafikan kebolehbacaan sesuatu karya serta menambah kekeliruan orang ramai," tambah Adrin.
Menurutnya lagi, komen skeptikal mengenai karya khat kufi daripada golongan artis seni merupakan antara cabaran yang terpaksa dihadam olehnya dan pengiat seni khat kufi yang lain.
"Ada antara mereka memberitahu karya kami ini menterbalikkan ayat al-Quran. Tetapi kami mempunyai bukti bahawa kami berada di landasan yang benar kerana berpandukan karya kufi yang terdapat pada Masjid Nabawi dan kaabah," ujarnya.

ADRIN menunjukkan kaedah penghasilan khat kufi dengan menggunakan perisian Microsoft Excel.


Dakwah melalui karya khat
Selain daripada berkongsi pendapat mengenai seni khat kufi, Foks juga merupakan salah satu medium untuk setiap ahli baharu mempelajari teknik-teknik bagi menghasilkan karya seni itu.
Dengan hanya memuat naik hasil karya mereka di laman Facebook, ahli Foks akan membincangkan teknik yang digunakan oleh ahli baharu dan sekiranya mempunyai masalah untuk membaca karya itu, mereka bersama-sama akan membantu membaiki karya tersebut.
Tidak hanya tertumpu kepada penghasilan karya kufi yang menarik serta mudah dibaca, karya in juga merupakan salah satu dakwah kepada orang ramai.
"Khat kufi berupaya menarik golongan bukan Islam untuk meminati karya seni umat Islam. Ia setidak-tidaknya membangkitkan rasa minat mereka dan memberi informasi bahawa Islam juga mempunyai karya seni hebat," ujar pengasas laman Facebook Foks, Abdul Wahab Khalid,39.
Beliau memberi contoh penghijrahan dua penulis khat bertaraf dunia sehingga menyebabkan mereka memeluk Islam iaitu Fuad Koachi Honda dari Jepun dan Muhammad Zakariya dari Amerika Syarikat setelah mendalami teknik-teknik seni khat.
Menurut Abdul Wahab yang juga merupakan seorang guru subjek Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat, Kuala Lumpur, tempoh untuk mempelajari khat kufi adalah singkat jika dibandingkan dengan seni khat yang lain.
"Di sekolah, saya juga mengajar murid-murid lakaran seni khat iaitu khat nasakh dan khat riqah. Dengan perkembangan teknologi yang boleh diaplikasikan pada penghasilan seni khat, murid-murid akan lebih meminati khat kufi.
"Kewujudan Foks di laman Facebook berupaya memartabatkan seni khat kufi ke tahap yang lebih tinggi.
"Kami berdebat mengenai perkara yang melibatkan pemahaman orang ramai terhadap karya seni umat Islam. Selain itu, kami juga berusaha menjaga kesucian seni khat yang rata-ratanya terdiri daripada ayat-ayat al-Quran," ujarnya yang juga memegang jawatan sebagai exco dalam Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2GrdFFW59 
Hakcipta terpelihara