PERINGATAN

Segala karya, gambar, penulisan, grafik dan illustrasi yang tersiar adalah hakcipta terpelihara . Sebarang pemilikan, perubahan, penyalinan, penyiaran atau sebagainya yang berkaitan haruslah mendapat keizinan serta dikreditkan sumber tersebut kepada Reka Kufi (SA 0215011-P).

Mereka juga peminat Khat Kufi

MENGENAI KAMI


Unik, moden dan kontemporari - itulah yang dapat digambarkan pada seni khat kufi yang berasal dari Kufah, Iraq. Rekabentuk geometrik serta bersegi hurufnya yang memenuhi setiap ruang merupakan elemen utama dalam kesempurnaan sesebuah rekabentuk khat ini.

Penglibatan Reka Kufi dalam kesenian bukan sekadar minat semata-mata. Selain mengajak anda menghayati keunikan tulisan ini, Reka Kufi cuba mengetengahkan penggunaan tulisan Jawi atau Arab sebagai salah satu medium untuk penyampaian, peringatan, pernyataan dan juga kenangan. Ini sekaligus mengangkat kembali martabat dan kegemilangan tulisan warisan ini.


Nama Penuh : 
Amir Fahriezat bin Sabri

Asal : 
Butterworth, Pulau Pinang

Pendidikan :
  1. Sekolah Kebangsaan Teluk Air Tawar, Butterworth (1993-1998)
  2. Penang Free School, Pulau Pinang (1999-2003)
  3. Universiti Teknologi MARA Shah Alam

  • Diploma Senibina Landskap (2004-2007)
  • Sarjana Muda Senibina Landskap (2010-2013)

Pengalaman bekerja :
  1. Landscape Designer
  2. Arkitek Landskap
  3. Penggiat seni khat

Pengalaman dalam Seni Khat :
  1. Pameran bersama Seni Khat Warisan Islam di Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia (2013)
  2. Pertandingan Seni Khat Kategori Kayu di Terengganu International Islamic Art Festival (2014)
  3. Pameran di Putrajaya International Islamic Art and Culture Festival (PIIACUF) (2014)
  4. Pameran sempena Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Negeri Johor di M-Suites Hotel, Johor Bahru (2015)
  5. Pameran sempena Festival Kesenian Islam Johor anjuran Yayasan Warisan Johor (2015)
  6. Pertandingan Seni Khat atas kanvas sempena Hari Muzium Antarabangsa anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)(2016)

Pengalaman berguru dalam seni khat :
  1. Ustaz Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari  – Khat Nasakh
  2. Ustaz Haji Muhammad Asrak bin Haji Osman – Asas dalam Khat Kufi Fatimi

Jenis Khat :
  1. Khat Kufi Murabba
  2. Khat Kufi Fatimi
  3. Khat Kufi Mushafi
  4. Khat Nasakh
     Lain-lain kemahiran :
  1. Adobe Photoshop
  2. Adobe Illustrator
  3. SketchUp 3D
  4. AutoCAD 
  5. Lukisan / Lakaran tangan (Landscape Architectural Sketches)