PERINGATAN

Segala karya, gambar, penulisan, grafik dan illustrasi yang tersiar adalah hakcipta terpelihara . Sebarang pemilikan, perubahan, penyalinan, penyiaran atau sebagainya yang berkaitan haruslah mendapat keizinan serta dikreditkan sumber tersebut kepada Reka Kufi (SA 0215011-P).

Mereka juga peminat Khat Kufi

Saturday, 5 May 2012

Kufi Fatimi - Kuala Lumpur

Kuala Lumpur
Gaya Kufi Fatimi digunakan serta menerapkan motif-motif yang sesuai. Ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan antara perkataan Kuala dan Lumpur. Huruf Alif-Lam Alif-Lam juga direka pelbagai motif bersilang atau bersulam untuk menunjukkan jalinan antara satu sama lain.

Sunday, 29 April 2012

WOTD - Kesopanan dan Kesusilaan


Dengan apa yang terjadi semalam, telah timbul karya ini untuk dihasilkan. Salah satu prinsip yang ada dalam Rukunegara - Kesopanan dan Kesusilaan.

Adakah kita sebagai warganegara Malaysia mengetahui dan menghayatinya? Renungkan. 

Friday, 27 April 2012

Kufi Fatimi



Alhamdulillah, dapat juga hasilkan karya menggunakan gaya kufi Fatimi. Masih banyak perlu dipelajari dan diperbaiki. Apa pun, kalau ada komen, pendapat dan maklumbalas, jangan malu dan segan untuk berkongsi. 

Sunday, 22 April 2012

Kelas Khat Kufi Murabba dan Fatimi di Muzium Kesenian Islam Malaysia

Sesi perbincangan bersama Ustaz Wahab tentang cara menggunakan MS Excel
dalam menghasilkan khat Kufi Murabba

Para peserta mencuba menulis sendiri kalimah Assalamualaikum di atas
kertas graf serta menggunakan gaya Kufi Fatimi.
 Kelas penulisan khat Kufi diteruskan pada minggu ketiga. Dimulakan dengan kelas Khat Kufi Murabba, setiap peserta diajar menghasilkan karya dengan aplikasi komputer seperti MS Excel dan Adobe Photoshop pada sesi pagi.


Pada sesi petang, kelas Kufi Fatimi bersama Ustaz Asrak. Sesi dimanafaat sebaik mungkin oleh peserta dengan latihan menulis kalimah Assalamualaikum di atas kertas graf.

WOTD - Positif Negatif


Masa kenal dengan khat Kufi dulu, tidak tahu tentang aturan atau formula positif negatif. Hanya tahu genap ganjil. Sekadar bereksperimentasi dengan perkataan, karya Positif Negatif dihasilkan dalam susunan berulang-ulang (repetition)

WOTD - Kosong


Karya ini diinspirasikan dari lagu Najwa Latiff - Kosong 

Thursday, 19 April 2012

Tiga Eksperimentasi Kufi Gaya Bebas - Mohd Yahaya & Tuminah


Tiga variasi untuk menghasilkan karya yang menggabungkan nama Mohd Yahaya dan Tuminah.

PERINGATAN :
Rekaan tersebut adalah hasil ciptaan tersendiri. Reka Kufi tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesalahan dilakukan oleh pihak lain semasa mencuba. Setiap kesalahan adalah tanggungan sendiri. Anda di LARANG sama sekali meniru karya di atas kerana setiap bentuk huruf mempunyai perbezaan dan berkemungkinan boleh membawa maksud lain seandainya tidak disusun secara betul.