PERINGATAN

Segala karya, gambar, penulisan, grafik dan illustrasi yang tersiar adalah hakcipta terpelihara . Sebarang pemilikan, perubahan, penyalinan, penyiaran atau sebagainya yang berkaitan haruslah mendapat keizinan serta dikreditkan sumber tersebut kepada Reka Kufi (SA 0215011-P).

Mereka juga peminat Khat Kufi

Showing posts with label Kufi Fatimi. Show all posts
Showing posts with label Kufi Fatimi. Show all posts

Tuesday, 11 August 2015

Surah An-Naba ayat 31.



Assalamualaikum buat pengunjung ke blog Reka Kufi.

walaupun banyak karya khat kufi dihasilkan dalam bentuk digital atau softcopy, saya mengambil inisiatif untuk menghasilkan karya dalam bentuk canvas painting. Penghasilan di atas kanvas memberi perspektif baru kepada saya untuk menghasilkan karya dalam pelbagai media dan tidak bergantung sepenuhnya pada komputer.

InsyaAllah, selagi diberikan kekuatan, kesempatan dan ilham, saya akan berterus karya tanpa ada rasa jemu.

Karya di atas merupakan daripada ayat 31 Surah An-Naba yang bermaksud

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
Selain mempunyai makna yang tersendiri, huruf-huruf yang terdapat pada kalimah tersebut sesuai dibentuk dalam susunan Khat Kufi Fatimi.

Wallahualam



Sunday, 30 June 2013

Logo Fathul Hikmah


Tempahan oleh Puan Hafidzah Aziz. Asas idea logo berkaitan wanita, Muslimah, moden dan kontemporari. Dalam rekaan tersebut, huruf Khat Kufi Fatimi iaitu FA dan HA digunakan untuk logo ini. Kedua-dua huruf tersebut merupakan singkatan kepada perkataan FATHUL HAKIMAH. Penggunaan warna-warna lembut dan bentuk bunga ros melambangkan nilai-nilai kewanitaan. 

Thursday, 26 July 2012

Pepatah Melayu


Walaupun sekarang sudah banyak font tulisan Kufi Fatimi boleh dimuatturun secara percuma namun ia agak terhad serta tidak mampu diolah mahupun dimanupulasi secara baik. 

Selain itu keseragaman, kepelbagaian, fleksibiliti dan ragam hias adalah element-element penting dalam menghasilkan seni khat Kufi Fatimi ini. 

Cuba kita lihat kepelbagaian bentuk satu jenis huruf seperti huruf Kaf, Mim, Ya dan lain-lain lagi. Yang pastinya ini keunikan tulisan khat Kufi Fatimi tersendiri berbanding gaya seni khat yang lain. 

Monday, 18 June 2012

Khat Kufi Fatimi - Gelora Biru


Lama juga tidak berkarya menggunakan gaya Khat Kufi Fatimi. 
Di sini dihasilkan perkataan Gelora Biru. 

Saturday, 5 May 2012

Kufi Fatimi - Kuala Lumpur

Kuala Lumpur
Gaya Kufi Fatimi digunakan serta menerapkan motif-motif yang sesuai. Ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan antara perkataan Kuala dan Lumpur. Huruf Alif-Lam Alif-Lam juga direka pelbagai motif bersilang atau bersulam untuk menunjukkan jalinan antara satu sama lain.

Friday, 27 April 2012

Kufi Fatimi



Alhamdulillah, dapat juga hasilkan karya menggunakan gaya kufi Fatimi. Masih banyak perlu dipelajari dan diperbaiki. Apa pun, kalau ada komen, pendapat dan maklumbalas, jangan malu dan segan untuk berkongsi. 

Sunday, 22 April 2012

Kelas Khat Kufi Murabba dan Fatimi di Muzium Kesenian Islam Malaysia

Sesi perbincangan bersama Ustaz Wahab tentang cara menggunakan MS Excel
dalam menghasilkan khat Kufi Murabba

Para peserta mencuba menulis sendiri kalimah Assalamualaikum di atas
kertas graf serta menggunakan gaya Kufi Fatimi.
 Kelas penulisan khat Kufi diteruskan pada minggu ketiga. Dimulakan dengan kelas Khat Kufi Murabba, setiap peserta diajar menghasilkan karya dengan aplikasi komputer seperti MS Excel dan Adobe Photoshop pada sesi pagi.


Pada sesi petang, kelas Kufi Fatimi bersama Ustaz Asrak. Sesi dimanafaat sebaik mungkin oleh peserta dengan latihan menulis kalimah Assalamualaikum di atas kertas graf.

Wednesday, 11 April 2012

Kelas Kufi Fatimi

Sebahagian daripada huruf-huruf yang dipelajari iaitu Ha dan Dal

Alhamdullillah. Berpeluang juga untuk mempelajari gaya kufi Fatimi. Kelas ini Kufi Fatimi diadakan di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur pada setiap hari Sabtu. Seronok juga dapat mempelajarinya kerana setiap huruf mempunyai kiraan tinggi dan panjang yang tersendiri. Berbanding Kufi Murabba yang berbentuk kotak bersegi, jenis khat ini menggabungkan garisan lurus dan menlengkung. Cuba lihat huruf di gambar atas. 

Kufi Fatimi ini diambil nama sempena kerajaan Fatimiyyah di Mesir. Dinamakan Fatimiyyah bersempena dengan nama puteri Nabi SAW, Fatimah Az-Zahra. Kesan peninggalan daripada kerajaan Fatimiyyah yang masih wujud adalah Universiti Al-Azhar. Kejatuhan kerajaan yang bermazhab Syiah Ismailiyyah ini digantikan dengan kebangkitan kerajaan Ayubbiyyah yang terkenal dengan Salahuddin Al-Ayubbi.