PERINGATAN

Segala karya, gambar, penulisan, grafik dan illustrasi yang tersiar adalah hakcipta terpelihara . Sebarang pemilikan, perubahan, penyalinan, penyiaran atau sebagainya yang berkaitan haruslah mendapat keizinan serta dikreditkan sumber tersebut kepada Reka Kufi (SA 0215011-P).

Mereka juga peminat Khat Kufi

Showing posts with label Logo. Show all posts
Showing posts with label Logo. Show all posts

Sunday, 16 August 2015

Logo Madrasah Al Quran Mawaddah Ummah



Logo ini telah dihasilkan pada bulan Februari 2015 yang lalu dan tidak sempat kongsikan dalam blog Reka Kufi ini.

Saya cuba keluar dari menghasilkan khat kufi yang tipikal. Border itu sebenarnya inspirasi dari papan rehal yang kita guna untuk letakkan Al-Quran.
Susunan sebegitu seolah-olah membentuk satu halaqah (bulatan) sepertimana sang murid mengelilingi gurunya.
Semoga apa yang diusahakan dapat dimanafaatkan dan diberkati Allah SWT.

InsyaAllah.

Wednesday, 10 September 2014

Sunday, 30 June 2013

Logo Fathul Hikmah


Tempahan oleh Puan Hafidzah Aziz. Asas idea logo berkaitan wanita, Muslimah, moden dan kontemporari. Dalam rekaan tersebut, huruf Khat Kufi Fatimi iaitu FA dan HA digunakan untuk logo ini. Kedua-dua huruf tersebut merupakan singkatan kepada perkataan FATHUL HAKIMAH. Penggunaan warna-warna lembut dan bentuk bunga ros melambangkan nilai-nilai kewanitaan. 

Friday, 12 April 2013

Safri Nazrin & Farhah Sabrina (updated)


Pada rekaan kali ini, Reka Kufi cuba mengetengahkan elemen-elemen floral atau kerawang yang dihiasi mengelilingi susunan khat Kufi tersebut. 

Pada rekaan di atas sekali, Reka Kufi menggunakan corak Awan Larat yang banyak digunakan dalam ukiran kraftangan Melayu.


Manakala dua rekaan di bahagian bawah pula, susunan khat Kufi tersebut menggunakan Zukhruf yang banyak didapati pada ukiran dan ragam hias dari Timur Tengah khususnya di negara-negara Arab.

Penambahan elemen ini sebenarnya menonjolkan prinsip-prinsip rekabentuk yang dinamik, harmoni, simetrikal dan seimbang.

Dengan mengetengahkan jenis-jenis ukiran dari Nusantara, ini melambangkan kesenian tulisan khat bersifat universal dan tidak tertakluk pada sesuatu bahagian semata-mata.

Reka bentuk ini sesuai untuk dijadikan sebagai rekabentuk kad kahwin, logo syarikat and persendirian dan cap mohor.





Logo Al-Raff Resources


Kasturi Ruqyah


Kalam An-Nasihah


Saturday, 2 February 2013

Wanara Resources

Salam berhujung minggu. Rekabentuk kufi yang dipaparkan diilhamkan dalam bentuk bintang pecah lima atas permintaan klien.
Tulisan khat kufi 'WANARA' disusun secara berulang kali dan menggunakan warna merah. Ini menyerlahkan rekaan supaya nampak 'garang' dan radikal.

Sunday, 24 June 2012