Tulisan Khat Kufi ini didedikasikan kepada salah seorang pensyarah saya di Jabatan Senibina Landskap, UiTM Shah Alam.
KOLEKSI
PERINGATAN
Segala karya, gambar, penulisan, grafik dan illustrasi yang tersiar adalah hakcipta terpelihara . Sebarang pemilikan, perubahan, penyalinan, penyiaran atau sebagainya yang berkaitan haruslah mendapat keizinan serta dikreditkan sumber tersebut kepada Reka Kufi (SA 0215011-P).
Mereka juga peminat Khat Kufi
Sunday, 16 August 2015
Logo Madrasah Al Quran Mawaddah Ummah
Logo ini telah dihasilkan pada bulan Februari 2015 yang lalu dan tidak sempat kongsikan dalam blog Reka Kufi ini.
Saya cuba keluar dari menghasilkan khat kufi yang tipikal. Border itu sebenarnya inspirasi dari papan rehal yang kita guna untuk letakkan Al-Quran.
Susunan sebegitu seolah-olah membentuk satu halaqah (bulatan) sepertimana sang murid mengelilingi gurunya.
Semoga apa yang diusahakan dapat dimanafaatkan dan diberkati Allah SWT.
InsyaAllah.
InsyaAllah.
Tuesday, 11 August 2015
Surah An-Naba ayat 31.
Assalamualaikum buat pengunjung ke blog Reka Kufi.
walaupun banyak karya khat kufi dihasilkan dalam bentuk digital atau softcopy, saya mengambil inisiatif untuk menghasilkan karya dalam bentuk canvas painting. Penghasilan di atas kanvas memberi perspektif baru kepada saya untuk menghasilkan karya dalam pelbagai media dan tidak bergantung sepenuhnya pada komputer.
InsyaAllah, selagi diberikan kekuatan, kesempatan dan ilham, saya akan berterus karya tanpa ada rasa jemu.
Karya di atas merupakan daripada ayat 31 Surah An-Naba yang bermaksud
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
Selain mempunyai makna yang tersendiri, huruf-huruf yang terdapat pada kalimah tersebut sesuai dibentuk dalam susunan Khat Kufi Fatimi.
Wallahualam
Selain mempunyai makna yang tersendiri, huruf-huruf yang terdapat pada kalimah tersebut sesuai dibentuk dalam susunan Khat Kufi Fatimi.
Wallahualam
Subscribe to:
Posts (Atom)