Batch no: RK-004 |
Sebagai tanda penghargaan kepada penduduk, nama Kampung Batu Masjid, Temoh, Perak telah diabadikan dalam rekabentuk khat kufi.
Ini merupakan cenderamata dari siswa Ijazah Senibina Landskap (Kepujian), Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam semasa melakukan lawatan tapak untuk kajian Landskap Budaya di penempatan ini pada 27 November 2011.
Secara amnya, Kampung Batu Masjid telah dibuka pada tahun 1895 oleh Lebai Tenggam. Keunikan kampung tersebut adalah pada masyarakat Melayu Rao yang masih berpegang kepada Adat Berjojak. Adat ini dijalankan apabila usia seorang kanak-kanak lebih kurang 13 bulan. Sebelum adat ini dijalankan, bayi tersebut di larang memijak tanah atau menyentuh bunga. Jika terlanggar pantang, maka ini boleh menyebabkan bayi tersebut ditimpa musibah dan harus dirawati oleh bomoh untuk memulihkannya.
Mohd Safran Mohd Noor, Ketua Kampung Batu Masjid, menerima cenderamata dari saudara Shahril. Turut kelihatan Qam (kanan) dan Asmieza (berbaju merah) serta Haji Zainuddin berkopiah. Foto oleh Anas. |
Terima kasih Kampung Batu Masjid atas kerjasama yang diberikan semasa kajian tersebut.
No comments:
Post a Comment