PERINGATAN

Segala karya, gambar, penulisan, grafik dan illustrasi yang tersiar adalah hakcipta terpelihara . Sebarang pemilikan, perubahan, penyalinan, penyiaran atau sebagainya yang berkaitan haruslah mendapat keizinan serta dikreditkan sumber tersebut kepada Reka Kufi (SA 0215011-P).

Mereka juga peminat Khat Kufi

Thursday 1 March 2012

Tulisan khat kufi Masjid negara



tulisan khat kufi ini yang bertulis Masjid Negara Kuala Lumpur Malaysia

4 comments:

  1. lintang pukang kufi nya, humiliating!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lintang pukang tulisannya, sekurangnya kita perbetulkan. Kita cari jalan penyelesaian. Kita tukar ganti dengan mengadakan pertandingan merekabentuk tulisan khat Kufi. Betul atau tidak?

      Delete
  2. kenapa teruk sgt kufinya. . dahlah salah ejaan . . tak layak langsung utk diletakkan d masjid yg bertaraf negara. kenapa pihak anda tidak mendapatkan pandangan dr pihak yg pakar spt perst khat kebangsaan dsbgnya. . memalukan status masjid negara nie. . . maaf jika komen ini agak keras. . .sbb kesalahan yg serius. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih dahulu ingin saya perjelaskan tentang isu sebenar berkenaan tulisan khat kufi Masjid Negara Kuala Lumpur.

      Sebenarnya apa yang disiarkan bukan hasil kerja saya sebaliknya ia sekadar pendedahan semata-mata atau perkongsian bersama untuk pelawat blog ini. Saya sekadar mengambil gambar tulisan ini untuk tatapan umum.

      Mungkin semua tidak sedar kewujudan tulisan tersebut, jadi di dalam blog ini saya paparkan. Alhamdulillah, dapat respons dan terima kasih atas maklum balas yang diberikan

      Saya sendiri tertanya kenapa pihak Masjid Negara atau JAKIM sendiri masih tidak mengambil sebarang tindakan tentang susunan dan rekaan tulisan kufi tersebut?

      Adakah kerana lokasinya yang jauh dari tumpuan orang menyebabkan perkara ini seolah di pandang sepi?

      Ataupun kerana statusnya sebagai Warisan Kebangsaan maka tiada satu apa perubahan boleh dilaksanakan atau tidak boleh diusik?

      Dan sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam bidang rekabentuk, perkara ini tidak boleh diterima kerana ejaannya tidak mengikut susunan yang sepatutnya.

      Sebagai seorang yang meminati seni khat dan jawi, saya anggap perkara ini menyebabkan orang sukar memahami apa yang ditunjukkan dan disampaikan pada tulisan tersebut.

      Saya gembira bila semua pihak mula buka mata dalam hal sebegini. Mungkin ada khilaf dari pihak saya kerana tidak menjelaskan perkara sebegini lebih awal lagi.

      Cuma saya dan Reka Kufi harapkan isu ini janganlah diperbesarkan dan diselesaikan cara yang baik.

      Dan diharapkan selepas ini jangan mana-mana pihak mengaitkan tulisan khat kufi Masjid Negara dengan saya dan Reka Kufi. Bukan kami pereka atau penulis khat tersebut.

      Niat saya hanyalah berkongsi dan sekiranya ada isu timbul, kita cari jalan sebaik mungkin.

      Diharapkan semua pihak berkaitan khususnya PSKKM dengan JAKIM ambil perhatian terhadap isu ini.

      Pihak saya dan Reka Kufi sentiasa menerima, bertukar dan memberi cadangan, pendapat dan idea untuk mengangkat penulisan khat dan Jawi.



      Minta maaf diatas kesulitan.

      Terima Kasih

      Delete