PERINGATAN

Segala karya, gambar, penulisan, grafik dan illustrasi yang tersiar adalah hakcipta terpelihara . Sebarang pemilikan, perubahan, penyalinan, penyiaran atau sebagainya yang berkaitan haruslah mendapat keizinan serta dikreditkan sumber tersebut kepada Reka Kufi (SA 0215011-P).

Mereka juga peminat Khat Kufi

Monday, 18 June 2012

Istighfar

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Busr Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alahi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa mereka yang sering mengamalkan istighfar akan mendapat keuntungan kerana besarnya kelebihan yang terdapat dalam lafaz istighfar. Keuntungan ini merupakan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya serta ganjaran atas ketaatan mereka kepadaNya.
Kredit : Ahmad Zaki 


No comments:

Post a Comment