Pada rekaan kali ini, Reka Kufi cuba mengetengahkan elemen-elemen floral atau kerawang yang dihiasi mengelilingi susunan khat Kufi tersebut.
Pada rekaan di atas sekali, Reka Kufi menggunakan corak Awan Larat yang banyak digunakan dalam ukiran kraftangan Melayu.
Manakala dua rekaan di bahagian bawah pula, susunan khat Kufi tersebut menggunakan Zukhruf yang banyak didapati pada ukiran dan ragam hias dari Timur Tengah khususnya di negara-negara Arab.
Penambahan elemen ini sebenarnya menonjolkan prinsip-prinsip rekabentuk yang dinamik, harmoni, simetrikal dan seimbang.
Dengan mengetengahkan jenis-jenis ukiran dari Nusantara, ini melambangkan kesenian tulisan khat bersifat universal dan tidak tertakluk pada sesuatu bahagian semata-mata.
Reka bentuk ini sesuai untuk dijadikan sebagai rekabentuk kad kahwin, logo syarikat and persendirian dan cap mohor.

No comments:
Post a Comment