PERINGATAN

Segala karya, gambar, penulisan, grafik dan illustrasi yang tersiar adalah hakcipta terpelihara . Sebarang pemilikan, perubahan, penyalinan, penyiaran atau sebagainya yang berkaitan haruslah mendapat keizinan serta dikreditkan sumber tersebut kepada Reka Kufi (SA 0215011-P).

Mereka juga peminat Khat Kufi

Monday, 3 September 2012

Khat Kufi : Allah & Muhammad


Allah


Muhammad

Saiz : 12inci x 14inci.

Jalur Gemilang


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55
Mari kita kibarkan Jalur Gemilang kita.

Thursday, 26 July 2012

Hassan Al-Banna


Hassan Al-Banna, tokoh pergerakan Ikhwan Muslimin. 

Pepatah Melayu


Walaupun sekarang sudah banyak font tulisan Kufi Fatimi boleh dimuatturun secara percuma namun ia agak terhad serta tidak mampu diolah mahupun dimanupulasi secara baik. 

Selain itu keseragaman, kepelbagaian, fleksibiliti dan ragam hias adalah element-element penting dalam menghasilkan seni khat Kufi Fatimi ini. 

Cuba kita lihat kepelbagaian bentuk satu jenis huruf seperti huruf Kaf, Mim, Ya dan lain-lain lagi. Yang pastinya ini keunikan tulisan khat Kufi Fatimi tersendiri berbanding gaya seni khat yang lain. 

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan Al Mubarak


Kepada pengunjung blog Reka Kufi , selamat berpuasa dan beribadah di bulan Ramadan Al Mubarak. Semoga ibadah kita di terima Allah SWT. 

InsyaAllah.

Sunday, 24 June 2012

Monday, 18 June 2012

Mohd Syahid dan Rohaya


Pasangan Pengantin Baru 

Selawat



Selawat ke atas Nabi kita, Muhammad SAW. 

 Sabda Nabi s.a.w.:

"Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (HR At-Tirmidzi)

Sumber: Laman SUFI

Kerapkanlah kita berselawat ke atas Rasul. 

Khat Kufi Fatimi - Header untuk Gelora Biru



Memandangkah terdapat perubahan pada layout atau page profile Facebook, 
saya telah menghasilkan rekabentuk tersendiri untuk page Gelora Biru. 

Terdapat dua variasi yang dihasilkan serta menggunakan susunan yang sama untuk dijadikan sebagai latar belakang untuk imej ini. 

Khat Kufi Fatimi - Gelora Biru


Lama juga tidak berkarya menggunakan gaya Khat Kufi Fatimi. 
Di sini dihasilkan perkataan Gelora Biru. 

Syahinaz Sadali


Omar Momani


Omar Momani ini merupakan salah seorang kartunis untuk laman web Goal.com . Saban hari menunggu Cartoon of The Day daripadanya. Anda boleh melawat ke blog beliau dan menyaksikan keunikan kartun yang dilukis

Istighfar

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Busr Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alahi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa mereka yang sering mengamalkan istighfar akan mendapat keuntungan kerana besarnya kelebihan yang terdapat dalam lafaz istighfar. Keuntungan ini merupakan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya serta ganjaran atas ketaatan mereka kepadaNya.
Kredit : Ahmad Zaki 


Demam Bola


Sempena Kejohanan Euro 2012, perkataan demam bola sesuai digambarkan kepada peminat-peminat bola sepak. 

Manakah pasukan pilihan yang anda sokong? 

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya


Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Reka Kufi. 
Pada penulisan hari ini, saya ingin kongsikan salah satu pepatah Melayu -

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. 

Tuesday, 22 May 2012

WOTD - Tuntutlah Ilmu Walau ke Negeri China


Tuntutlah Ilmu Walau ke Negeri China

Eksperimentasi Grid Segi Tiga - Gelora Biru


Selain menggunakan segi empat sama dalam menghasilkan seni khat Kufi, tulisan ini juga boleh diolah menggunakan grid berbentuk segi tiga. Ini percubaan pertama dalam menggunakan variasi ini untuk menghasilkan khat Kufi. 

Selamat Hari Ibu



Azinuddin Che Mud dan Nurwani Jailani


Assalamualaikum, agak lama juga blog Reka Kufi tidak dikemaskini. Tapi kali ini, Reka Kufi akan memaparkan beberapa karya yang telah dihasilkan. 

Karya ini telah ditempah oleh salah seorang kawan saya sebagai hadiah untuk harijadi. Di sini, elemen nombor dalam tulisan Rumi dimasukkan serta menggunakan grid 5x5 untuk dihasilkan.   

Wednesday, 9 May 2012

Saturday, 5 May 2012

Kufi Fatimi - Kuala Lumpur

Kuala Lumpur
Gaya Kufi Fatimi digunakan serta menerapkan motif-motif yang sesuai. Ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan antara perkataan Kuala dan Lumpur. Huruf Alif-Lam Alif-Lam juga direka pelbagai motif bersilang atau bersulam untuk menunjukkan jalinan antara satu sama lain.

Sunday, 29 April 2012

WOTD - Kesopanan dan Kesusilaan


Dengan apa yang terjadi semalam, telah timbul karya ini untuk dihasilkan. Salah satu prinsip yang ada dalam Rukunegara - Kesopanan dan Kesusilaan.

Adakah kita sebagai warganegara Malaysia mengetahui dan menghayatinya? Renungkan. 

Friday, 27 April 2012

Kufi Fatimi



Alhamdulillah, dapat juga hasilkan karya menggunakan gaya kufi Fatimi. Masih banyak perlu dipelajari dan diperbaiki. Apa pun, kalau ada komen, pendapat dan maklumbalas, jangan malu dan segan untuk berkongsi. 

Sunday, 22 April 2012

Kelas Khat Kufi Murabba dan Fatimi di Muzium Kesenian Islam Malaysia

Sesi perbincangan bersama Ustaz Wahab tentang cara menggunakan MS Excel
dalam menghasilkan khat Kufi Murabba

Para peserta mencuba menulis sendiri kalimah Assalamualaikum di atas
kertas graf serta menggunakan gaya Kufi Fatimi.
 Kelas penulisan khat Kufi diteruskan pada minggu ketiga. Dimulakan dengan kelas Khat Kufi Murabba, setiap peserta diajar menghasilkan karya dengan aplikasi komputer seperti MS Excel dan Adobe Photoshop pada sesi pagi.


Pada sesi petang, kelas Kufi Fatimi bersama Ustaz Asrak. Sesi dimanafaat sebaik mungkin oleh peserta dengan latihan menulis kalimah Assalamualaikum di atas kertas graf.

WOTD - Positif Negatif


Masa kenal dengan khat Kufi dulu, tidak tahu tentang aturan atau formula positif negatif. Hanya tahu genap ganjil. Sekadar bereksperimentasi dengan perkataan, karya Positif Negatif dihasilkan dalam susunan berulang-ulang (repetition)

WOTD - Kosong


Karya ini diinspirasikan dari lagu Najwa Latiff - Kosong 

Thursday, 19 April 2012

Tiga Eksperimentasi Kufi Gaya Bebas - Mohd Yahaya & Tuminah


Tiga variasi untuk menghasilkan karya yang menggabungkan nama Mohd Yahaya dan Tuminah.

PERINGATAN :
Rekaan tersebut adalah hasil ciptaan tersendiri. Reka Kufi tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesalahan dilakukan oleh pihak lain semasa mencuba. Setiap kesalahan adalah tanggungan sendiri. Anda di LARANG sama sekali meniru karya di atas kerana setiap bentuk huruf mempunyai perbezaan dan berkemungkinan boleh membawa maksud lain seandainya tidak disusun secara betul.

Wednesday, 11 April 2012

Daulat Tuanku


Sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke XIV, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Reka Kufi telah menghasilkan karya khat kufi Daulat Tuanku.

Kelas Kufi Fatimi

Sebahagian daripada huruf-huruf yang dipelajari iaitu Ha dan Dal

Alhamdullillah. Berpeluang juga untuk mempelajari gaya kufi Fatimi. Kelas ini Kufi Fatimi diadakan di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur pada setiap hari Sabtu. Seronok juga dapat mempelajarinya kerana setiap huruf mempunyai kiraan tinggi dan panjang yang tersendiri. Berbanding Kufi Murabba yang berbentuk kotak bersegi, jenis khat ini menggabungkan garisan lurus dan menlengkung. Cuba lihat huruf di gambar atas. 

Kufi Fatimi ini diambil nama sempena kerajaan Fatimiyyah di Mesir. Dinamakan Fatimiyyah bersempena dengan nama puteri Nabi SAW, Fatimah Az-Zahra. Kesan peninggalan daripada kerajaan Fatimiyyah yang masih wujud adalah Universiti Al-Azhar. Kejatuhan kerajaan yang bermazhab Syiah Ismailiyyah ini digantikan dengan kebangkitan kerajaan Ayubbiyyah yang terkenal dengan Salahuddin Al-Ayubbi.

Nur Syuhada Farhany

Friday, 23 March 2012

WOTD : Iqra'


Salam Jumaat. Hari ini saya hendak berkongsi karya terbaru. Perkataan yang mengajar kita supaya membaca.   Ini adalah inspirasi daripada salah satu rekabentuk ketika terlibat dalam satu projek dahulu. 

Tuesday, 20 March 2012

Selamat Hari Lahir Majidah


Karya ini ditempah oleh sahabat saya baru-baru ini

Buat dirimu, aishiteru, sayang awak selamanya, semoga hubungan kita berkekalan dan diberkati, Selamat Hari Lahir, Majidah.

WOTD : Al-Falah


Salam semua. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi satu perkataan iaitu Al-Falah (Kejayaan).

Wednesday, 7 March 2012

Mohd. Zamri & Siti Fatimah

Yusri & Rozaina


Di sini Reka Kufi cuba menerapkan unsur-unsur kontemporari menerusi warna-warna yang ceria serta peletakkan nama pasangan dalam huruf rumi di dalam 'bahagian' khat kufi tersebut.

Mohd. Shahrul dan Aiza

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik pejam celik sudah masuk ke bulan Mac 2012. Alhamdulillah, setelah lama menanti, akhirnya pada 1 Mac 2012 perniagaan Reka Kufi secara rasmi berdaftar dengan SSM (SA 0215011-P). Terima kasih atas sokongan, dorongan dan nasihat anda pelawat, rakan teman serta teruskan untuk melayari blog Reka Kufi.

Tanpa menaip panjang, di sini ingin saya memperlihatkan hasil kerja terkini dari Reka Kufi. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, maklumbalas dan cadangan, tinggalkan komen anda dibawah atau menerusi email rekakufi@gmail.com


Thursday, 1 March 2012

Tulisan khat kufi Masjid negara



tulisan khat kufi ini yang bertulis Masjid Negara Kuala Lumpur Malaysia

Khat Kufi Pelangi - Encik Ahmad Hasan dan keluarga





Alhamdulillah, tempahan terbaru yang telah disiapkan untuk En.Ahmad Hasan. Menggunakan tujuh warna pelangi yang bukan sahaja untuk mudah dibaca malah menarik perhatian dengan warna-warna yang menarik.